21 March 2013

sambung pengajian. trend atau future?

Assalamualaikum, 

okay, hari ni pelajar seluruh Malaysia yang berumur 18 tahun ambil result spm. so, macam macam tweetss, status facebook dan ape saja laman media sibuk dengan isu result spm. 1st thing 1st, nak kupas isu stereotype student yang straigh As akan further study untuk kursus kursus kritikal. 

okay, every year ramai student yang akan buat preparation lepas dapat result cemerlang. either matriks untuk ke alam local university atau foundation untuk fly ke overseas. ade yang buat foundation untuk buat ijazah di private university, tak kira lah bawah tajaan JPA, MARA, PETRONAS, SIME DARBY and sooooo on.tak kurang juga di bawah tajaan PAMA. 

okay, cara pemikiran kita untuk generasi kini yang saya himpunkan between 18-25 tahun, saya rasa lebih bersikap keterbukaan. mungkin cara kita di beri peluang untuk mengenengahkan ideology dan pendapat masing masing di laman sosial. samada setuju atau tidak, masing masing punya cara, masing masing ade pendapat. so, post kalini saya publish bukan macam selau which 100% base on syok sendiri. saya cuba dapat and himpunkan pendapat ramai pihak. saya cuba tulis tanpa ade rase judgemental toward any opinion dari para responden. haaa. rasa nak gelak pulak baca ayat sendiri kat post ni. haha. 

okay, 1st. pendapat seorang pendidik terhadap IPTS atau nama manja nya PRIVATE UNI.
mungkin gap generation membuat cara pemikiran dan pendapat kita tak sama. 

okay, saya ulas sedikit, beliau tidak bersetuju dengan keputuan pelajar yang kurang cemerlang untuk terus cuba sambung pengajian terutamanya di kolej kolej naungan kerana tiada tempat dalam sektor awam untuk lepasan graduasi yg menuntut di intitusi swasta. beliau juga tak nak melihat anak bangsa beliau duduk di bawah tampuk suruhan bangsa lain. tak boleh nak maju. bangsa lain takkan beri peluang kepada bangsa kita. 99% hujah beliau betul. tapi saya kurang setuju dengan cadangan berniaga secara kecil- kecilan. sampai bila bangsa kita nak terus jadi kecil- kecilan di negara yang mejoriti kita ini adalah bangsa yang besar- besaran?
pada saya, tiada istilah penganggur yang teraniaya selagi kita ada usaha majukan diri.
menyambung pengajian bukan kerana kecapi glamour tetapi batu loncatan untuk ubah cara hidup kita.



okay, 2nd point. saya print screen dari komen daripada status di atas. 


okay, saya dapat rasakan cara beliau komen sangat judgmental. sangat di sempitkan perkara yg sebenarnye luas. sedih bila baca keadaan orang kita yang tidak melihat sesuatu secara positive. jika kita review komen sebegini memang akan ada yg berkecil hati. anak melayu yang berhempas pulas menuntut ilmu di IPTS atas tiket scholarship, untuk maintain pointer. takut dapat surat amaran daripada pihak penaja biasiswa. terlalu skeptikal bangsa kita menghukum.

tapi setiap yang terjadi, mesti ada punca permasalahan. percaya tak minda kita sebenarnye telah di pasak dengan mitos mitos yg remeh dan tahyul. tak percaya? hehehe, ok let me list the fact yang saya dapat daripada himpunan responden yang bijak pandai.

1. masih ade sahabat saya yang tidak tahu wujudnya tajaan biasiswa daripada JPA, MARA, dan syarikat- syarikat yang well-established mcm Sime Darby, Nestle, Petronas dan Shell untuk orang kita menyambung pengajian di university- university swasta. so mitos tentang belajar di university swasta adalah anak orang kaya adalah salah sama sekali. 

2. masuk university swasta pakai PTPTN, belum kerja dah buat hutang. ini adalah pemikiran yg sangat skeptikel. pada saya tak salah berhutang, asal kita tahu itu adalah aset akan datang. pada saya, hutang PTPTN adalah lebih mulia daripada personal loan dengan bank rakyat untuk kahwin. willingness untuk buat loan untuk menimba ilmu di pandang hina, kalau buat loan nak kahwin grand grand ala ala anak Raja yg cuma kita raikan sehari tu tak pe pulak? ILMU itu aset. tiada nilai dengan wang ringgit. kita pakai sampai mati. baju nikah and pelamin kita cuma pakai sehari.

3. masuk Universiti @ Kolej private kerana tiada tempat di University awam. ok ini mitos tahap tahyul mahyul yang memang tak relevance dah. nak saya list kan case?

- kawan saya dapat tawaran - university awam, tapi dia research pasal market & demand untuk pekerjaan dalam bidang yg di tawarkan. dia sedar, bukan keputusan yang bijak kalau dia sambung study dekat university tu. so dia decide kerja dan buat PJJ di university swasta. kenapa university swasta? sbb komitment yang tidak membebankan. dia cakap takpe bayar lebih, yang penitng ilmu tu. kat sini saya nak highlight yg dia bukan pelajar kurang cemerlang, tapi dia susun stratergy hidup dia.

-kawan saya yang ni pulak die graduate ijazah daripada university awam, tapi die sedar bukan senang nak dptkan tempat yg selesa dalam dunia pekerjaan. dia mark up value diri dia dengan sambung pengajian dalam bahasa mandarin di ghuangzhuo. secara private. ingin saya highlight "PRIVATE a.k.a SWASTA.

- kawan yg ketiga, direct je dia cakap dia tak tahu pon ade biasiswa untuk pelajar sambung pengajian di university swasta. see? kita xleh nak salahkan sesiapa. sbb awareness tu belum wujud di kalangan masyarakat kita.

so adik adik, jangan la negative sangat dengan perception terhadap universiti swasta.. timba ilmu, tanya.. dapatkan info. negara kita ni dah la popular dengar stereotype student straigh As mesti ambik medic, pharmacist, engineering.

jangan terjebak, korang pilih la betul betul ape yg korang minat. ape pun institusi pendidikan yang korang pilih, hak korang. jangan jadikan orang lain alement element negatif yg pengaruh pemikiran korang. please, do what you love, love what you do. please and please. jangan nanti korang tengok notes, lecture, tutorial question korang.. korang akan rasa woo, aku tau nak buat tapi aku tak minat. 

i learn something from my little sister. dia sangat tegas. dia pandai, lg pandai dr aku sebnanye. tapi dia buat bukan untuk mak ayah, tapi untuk diri sendiri. and now, dia bahagia dengan ape yang dia ceburi.. dia tak pernah komplain penat walaupon kerja 7 pagi - 11 malam sekalipon. sebab? dia minat.

okay la. ape pun, keputusan korang nak further study tu, cek http://www.jpa.gov.my untuk make sure certificate korang valid, supaya tak jadi kisah usung sijil merata gara gara sambung belajar kerana glamour. 


aku wrap up everything, dengan hadis :

Firman Allah Taala, maksudnya: ".. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya." (43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia').


Hadis Kedua Puluh

20عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ. (ابن ماجه وغيره)
20 - Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."

obviously kita xde plak di ajar, menuntut ilmu di university awam adalah wajib. kita tuntut la ilmu sehabis baik yang mungkin. yang penting, kita di cipta dengan kelebihan masing- masing, jgn ukur kemampuan seseorang tu dengan university mana yang dia sambung belajar. 

i wish all the best untuk sahabat yang masih dalam pengajian tak kira la di Universiti Awam, University Swasta, Kolej Kemahiran mahupun sekolah Pondok Tahfiz sekalipun. 


and this one, thanks kepada Ku Ashman., setelah berejam rejam saya berkicau di twitter. dia buat satu solution yg simple. jom renung- renungkan :)




No comments: