biarkan. dah lepas.
tapi bukan dibiar untuk dilupakan
tidak difikirkan
atau mengabaikan
jangan biar marah
cemburu
kesal
kuasai hati
tiada siapa kalah
bukan siapa menang
bukan maruah diusung
bukan cara wujud di pandang
jangan palit sejarah kekal
untuk dikenang kenang
jangan halang memori
jangan difikir sedih
tiada juga tagih simpati
perit
sedih
tiada yang mengaku kalah
bukan redha jika tewas
hargai memori indah
buka hati, huznuzon dengaan keadaan
yakin dengan pengajaran
percaya pada masa depan
terima kasih untuk pengalaman
ada ruang untuk dewasa
pernah ade ketawa bersama
kadang menitis air mata
semua kerana apa yang kita ada
juga perkara itu
apa yang kita pernah ada
masa ubat hati
untuk akan datang
lebih kuat
yang jadi biar ia pergi
berani kan diri
terima perkara ini
ia bukan seperti dulu lagi
kekuatan untuk terus maju
ada, ia disitu
cuma perlu masa
agar ia terus kuat
pujuklah hati
:)
19 October 2013
23 June 2013
takut atau berhikmah?
conversation between me & a chinese friend from HK,.
him : ur muslims right? u supposed to cover ur hair. but i still have muslim's friend who didn't wear like you.
me : not every people obey to their religion, every religion. not only muslims. there's still people who didn't even obey to their god in other relegion. you can't compare ur muslims friend with me.
him : yeah. i saw their picture in facebook. they don't really look like muslim. luckily, i don't have religion. if i'm muslim i will comment on their picture 'hey, you didn't look like muslim at all'. did you brave enough to do that?
me : hahaha. *laugh because speechless.
aku nak jawab ape lagi. -.-"soalan dia, berani ke aku?"
there's a reminder in Islam. tegur biar berhikmah.. that's why i'm not doing that. kawan saya tu tiada agama, and benda tu biasa di negara mereka. deorang pun cakap secara lebih terbuka. tegur pun secara terbuka. saya bukan tak berani, tapi mesti kena cara. kot?
26 May 2013
achievement unlock
Bentley - Millpoint 7.3KM
Thanks Suwaibah Awang, my Kak Ebah :)
we did it :)
so return from Millpoint - Bentley another 7.3 km :)
total cycle 14.6KM.
next destination : cycle around Perth City !
07 April 2013
Esperance :)
kalau budak Perth maybe banyak dah update pasal Easter Trip ni.
pilihan aku, memang tak nak pegi. tapi selepas housemate cakap "kau tinggal sorang kat rumah, semua pegi" aku pon bank in 170 dollar yuran trip.
there are several places yang awesom.
waverock ! student laki cakap ombak kene sumpah, ade hippo bangkit tido. ok, aku x percaya. but still a nice place to take picture.
ini aku dengan kakak usrah ku. hah, memang tak percaya. saya join usrah. haha :p
ini ketapi ukhwah, budak laki memang suke lompat.
then perjalan di teruskan, next destination kami ke apartment. sebelum ade singgah lunch and solat jemaah somewhere around wave rock :)
then next day tengok sunrise, sangat awal bangun pagi. aku teruja sebab aku bangun awal :)
gembirakan kami? biasalah Malaysia xde sunrise. bukan xde, tapi tak bangun lagi time smatahari berkerja keras keluar !
then, kami berangkat ke banyak pantai pantai berdekatan. Esperance ade banyak pantai jernih. yang nama Hell Fire pon ade, padehal api sebesar mancis pon x nampak. TIPU ni.
Subahanallah, back to nature make me feel closer to our Creator :)
habis tawaf keliling Esperance, malam kami BBQ. ok nak belagak sebab aku marinate ayam BBQ, sedap kan? haha..!
ade jugak certain attractive places yang kami singgah macam Pink Lake yang tak Pink. sebab bukan weather yang panas. dan windfarm.
wind mill tu sebesar pensel je kalau tengok dari jauh..!
the next morning, kami bersiap untuk pulang. tapi singgah kat Stonehenge. bukan UK..! srotss sobs srrots. haha. but still awesome :)
yang ikut trip ni memang hyper.
ni JayJay. die awesome. adek ipar awe ngan nisak katanya.
ok, ni ahli kereta aku. actually, mustakim should be here, tapi swap dgn JayJay time balik sebab kereta satu lagi tu mcm belum warm. macam malu malu, so mus jadi ejen pemanas. camtuha. hehe :)
ape yang aku dapa for overall dari trip ni?
1. kukuhkan ukhwah.
2. get to know each other.
3. no matter how far we go, jaga solat dan ibadah dengan Allah.
4. back to nature, make me closer to Allah.
5. exchange cerita nakal zaman dulu dulu. how they struggle for SPM. so that they deserve to be here.
6. ambik perkara perkara baik dari sahabat sekeliling.
7. dengar rakan berbakat besar miming :p
8. trip is not abou having fun semata. banyak slot perkongsian
Penutup :
solat zohor berjemaah sebelum balik ke Perth :)
21 March 2013
sambung pengajian. trend atau future?
Assalamualaikum,
okay, hari ni pelajar seluruh Malaysia yang berumur 18 tahun ambil result spm. so, macam macam tweetss, status facebook dan ape saja laman media sibuk dengan isu result spm. 1st thing 1st, nak kupas isu stereotype student yang straigh As akan further study untuk kursus kursus kritikal.
okay, every year ramai student yang akan buat preparation lepas dapat result cemerlang. either matriks untuk ke alam local university atau foundation untuk fly ke overseas. ade yang buat foundation untuk buat ijazah di private university, tak kira lah bawah tajaan JPA, MARA, PETRONAS, SIME DARBY and sooooo on.tak kurang juga di bawah tajaan PAMA.
okay, cara pemikiran kita untuk generasi kini yang saya himpunkan between 18-25 tahun, saya rasa lebih bersikap keterbukaan. mungkin cara kita di beri peluang untuk mengenengahkan ideology dan pendapat masing masing di laman sosial. samada setuju atau tidak, masing masing punya cara, masing masing ade pendapat. so, post kalini saya publish bukan macam selau which 100% base on syok sendiri. saya cuba dapat and himpunkan pendapat ramai pihak. saya cuba tulis tanpa ade rase judgemental toward any opinion dari para responden. haaa. rasa nak gelak pulak baca ayat sendiri kat post ni. haha.
okay, 1st. pendapat seorang pendidik terhadap IPTS atau nama manja nya PRIVATE UNI.
mungkin gap generation membuat cara pemikiran dan pendapat kita tak sama.
okay, saya ulas sedikit, beliau tidak bersetuju dengan keputuan pelajar yang kurang cemerlang untuk terus cuba sambung pengajian terutamanya di kolej kolej naungan kerana tiada tempat dalam sektor awam untuk lepasan graduasi yg menuntut di intitusi swasta. beliau juga tak nak melihat anak bangsa beliau duduk di bawah tampuk suruhan bangsa lain. tak boleh nak maju. bangsa lain takkan beri peluang kepada bangsa kita. 99% hujah beliau betul. tapi saya kurang setuju dengan cadangan berniaga secara kecil- kecilan. sampai bila bangsa kita nak terus jadi kecil- kecilan di negara yang mejoriti kita ini adalah bangsa yang besar- besaran?
pada saya, tiada istilah penganggur yang teraniaya selagi kita ada usaha majukan diri.
menyambung pengajian bukan kerana kecapi glamour tetapi batu loncatan untuk ubah cara hidup kita.
okay, 2nd point. saya print screen dari komen daripada status di atas.
okay, saya dapat rasakan cara beliau komen sangat judgmental. sangat di sempitkan perkara yg sebenarnye luas. sedih bila baca keadaan orang kita yang tidak melihat sesuatu secara positive. jika kita review komen sebegini memang akan ada yg berkecil hati. anak melayu yang berhempas pulas menuntut ilmu di IPTS atas tiket scholarship, untuk maintain pointer. takut dapat surat amaran daripada pihak penaja biasiswa. terlalu skeptikal bangsa kita menghukum.
tapi setiap yang terjadi, mesti ada punca permasalahan. percaya tak minda kita sebenarnye telah di pasak dengan mitos mitos yg remeh dan tahyul. tak percaya? hehehe, ok let me list the fact yang saya dapat daripada himpunan responden yang bijak pandai.
1. masih ade sahabat saya yang tidak tahu wujudnya tajaan biasiswa daripada JPA, MARA, dan syarikat- syarikat yang well-established mcm Sime Darby, Nestle, Petronas dan Shell untuk orang kita menyambung pengajian di university- university swasta. so mitos tentang belajar di university swasta adalah anak orang kaya adalah salah sama sekali.
2. masuk university swasta pakai PTPTN, belum kerja dah buat hutang. ini adalah pemikiran yg sangat skeptikel. pada saya tak salah berhutang, asal kita tahu itu adalah aset akan datang. pada saya, hutang PTPTN adalah lebih mulia daripada personal loan dengan bank rakyat untuk kahwin. willingness untuk buat loan untuk menimba ilmu di pandang hina, kalau buat loan nak kahwin grand grand ala ala anak Raja yg cuma kita raikan sehari tu tak pe pulak? ILMU itu aset. tiada nilai dengan wang ringgit. kita pakai sampai mati. baju nikah and pelamin kita cuma pakai sehari.
3. masuk Universiti @ Kolej private kerana tiada tempat di University awam. ok ini mitos tahap tahyul mahyul yang memang tak relevance dah. nak saya list kan case?
- kawan saya dapat tawaran - university awam, tapi dia research pasal market & demand untuk pekerjaan dalam bidang yg di tawarkan. dia sedar, bukan keputusan yang bijak kalau dia sambung study dekat university tu. so dia decide kerja dan buat PJJ di university swasta. kenapa university swasta? sbb komitment yang tidak membebankan. dia cakap takpe bayar lebih, yang penitng ilmu tu. kat sini saya nak highlight yg dia bukan pelajar kurang cemerlang, tapi dia susun stratergy hidup dia.
-kawan saya yang ni pulak die graduate ijazah daripada university awam, tapi die sedar bukan senang nak dptkan tempat yg selesa dalam dunia pekerjaan. dia mark up value diri dia dengan sambung pengajian dalam bahasa mandarin di ghuangzhuo. secara private. ingin saya highlight "PRIVATE a.k.a SWASTA.
- kawan yg ketiga, direct je dia cakap dia tak tahu pon ade biasiswa untuk pelajar sambung pengajian di university swasta. see? kita xleh nak salahkan sesiapa. sbb awareness tu belum wujud di kalangan masyarakat kita.
so adik adik, jangan la negative sangat dengan perception terhadap universiti swasta.. timba ilmu, tanya.. dapatkan info. negara kita ni dah la popular dengar stereotype student straigh As mesti ambik medic, pharmacist, engineering.
jangan terjebak, korang pilih la betul betul ape yg korang minat. ape pun institusi pendidikan yang korang pilih, hak korang. jangan jadikan orang lain alement element negatif yg pengaruh pemikiran korang. please, do what you love, love what you do. please and please. jangan nanti korang tengok notes, lecture, tutorial question korang.. korang akan rasa woo, aku tau nak buat tapi aku tak minat.
i learn something from my little sister. dia sangat tegas. dia pandai, lg pandai dr aku sebnanye. tapi dia buat bukan untuk mak ayah, tapi untuk diri sendiri. and now, dia bahagia dengan ape yang dia ceburi.. dia tak pernah komplain penat walaupon kerja 7 pagi - 11 malam sekalipon. sebab? dia minat.
okay la. ape pun, keputusan korang nak further study tu, cek http://www.jpa.gov.my untuk make sure certificate korang valid, supaya tak jadi kisah usung sijil merata gara gara sambung belajar kerana glamour.
aku wrap up everything, dengan hadis :
Firman Allah Taala, maksudnya: ".. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya." (43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia').
Hadis Kedua Puluh
20- عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ. (ابن ماجه وغيره)
20 - Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
obviously kita xde plak di ajar, menuntut ilmu di university awam adalah wajib. kita tuntut la ilmu sehabis baik yang mungkin. yang penting, kita di cipta dengan kelebihan masing- masing, jgn ukur kemampuan seseorang tu dengan university mana yang dia sambung belajar.
i wish all the best untuk sahabat yang masih dalam pengajian tak kira la di Universiti Awam, University Swasta, Kolej Kemahiran mahupun sekolah Pondok Tahfiz sekalipun.
and this one, thanks kepada Ku Ashman., setelah berejam rejam saya berkicau di twitter. dia buat satu solution yg simple. jom renung- renungkan :)
Subscribe to:
Posts (Atom)