27 September 2012

FIAMAANILLAH

Marhan to all my buddies :))

Tahniah kepada sahabat saya, Maria yang makin hari makin bahagia dengan Suami nye Encik Azman dan anak perempuan mereka baby mereka . Baby maken besar and bulat lepas aunty dia yang comel ni jauh dari dia. rindu nak gomoi gomoi anak deorg ni :(



also early bird tahniah untuk bakal pengantin kita cik Asyu yang sangat naughty, bersama bakal suami yang akan diijab kabul kurang dari 24 jam lg, Encik Aidil :)
zaman bujang bervespa korang dah nak tamat. lepas ni ikut maria jadi ibu ye. aku balik nanti harap2 dah ade production :)


tahniah jugak kepada sahabat artis saye yang busy dengan dunia modelling die. eh eh, busy pon dah selesai dengan majlis pertunangan dia. dan tunggu masa untuk ikut jejak langkah asyu dan aidil. yeah, shida dan tunangnya yg dalam perancangan untuk mendirikan masjid ketiga dari kalangan kita :)
okay, gambar tunang die maseh minta disorokkan. sebab orang artis macam syida xleh over expose. hehe :)


so yang tinggal forever alone di antara kita ialah aku, Najwa dan Aznin. sedih Mak Jemah !
sebenarnya Aznin pun sudah in a serious relationship dan waiting for the right time je tu. hehehe. Najwa , tak sure. offer jadik kakak ipar taknak, sebab taknak orang sekampung alasanya. sabar jela. tapi rasanya, dia dah ada pilihan hati, cuma Najwa kan memang pemalu sejak kecik. kat sekolah dulu, dia yang paling pendiam skali. pendiam la konon. lakonan je tu. HUHU.

semoga ikatan perkahwinan Maria & Azman kekal bahagia, ikatan Pertunangan Asyu dan Aidil yang akan bertukar menjadi pasangan suami isteri esok juga akan diberkati Allah, ikatan pertunangan Syida dan Ashriq akan sampai ke jinjang pelamin. begitu juga Aznin dan Najwa. 
Farah pun soon to be pengantin insyaallah,. hari tu dah jumpa bakal imam dia dah di rumah ibu, mak pun dah tengok. Mak ngan Ibu cakap "Handsome". hehe :)
sebelum saya wrap up kisah sahabat sahabat saya yg telah mengecapi kebahagian ni, nak enjoy satu picture lama zaman skolah nakal nakal dulu. hehehe. time ni semua selekeh tahap selebet. 


time ni, amainnurain yang comel xde, sebab dah pindah sekolah asrama. ni korang berlakun the necklace. haha :)
Farah - Aznin - Najwa - Maria - Asyu - Syida


UHIBBUKIFILLAH UKHTI WA ABADAN ABADA INSYAALLAH..^_^


24 August 2012

kehilangan demi kehilangan

Ya Allah, ajal Mu yang Engkau janjikan tidak mengira umur , jantina dan darjat. Hanya pada Mu ya Allah kami bermohon, kau ringankan azab sakaratul maut Mu terhadap kami dan tempatkan kami di kalangan para Syuhadah.

In the morning of 1st Syawal, saya dapat berita pemergian abang saudara saya, arwah Abang Azarie di Seremban. Disebabkan location constrain, saya hanya mampu lafazkan takziah kepada keluarga kakak saudara saya dan dua orang anaknya, Adam Muqriz dan Alif Mustaqim. semoga kedua dua anak ini tabah dengan kehilangan Ayah tercinta dalam usia semuda ini.

Hari ini, 6 Syawal. lagi saya dikejutkan dengan permergian pak cik yang duduk berhampiran dengan rumah kami. Beliau lebih mesra dengan panggilan Ayah Chor / Achik pergi buat selamanya. Saya cuma dapat mengutuskan doa dari jauh semoga Arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para syuhadah.Achik seorang lelaki yang sangat low profile, tiap tiap kali saya balik ke Seri Kinta, die adalah lelaki yang akan mengintai dari sudut tingkap dan bertanyakan saya. sejak dari kecil sampailah dewasa. Arwah melayan saya macam saya anak kecil umur 5 tahun yang dia timang dan kendong ke mana sahaja.

utusan bacaan Yassin dari saya dan doa yang tak putus putus.

Allah menjanjikan kematian, cuma kita tak diberitahu bila dan bagaimana. ada yang pergi di usia sangat muda dan ada yang diberi hayat yang panjang untuk terus beribadah dan mengejar kematian tersebut.

Ya Allah, cucurilah rahmat Mu ke atas mereka.

27 July 2012

ramadan

ramadan tahun ni banyak bezanya. macam langit dengan bumi.

lebih meriah dengan terawih dan ibadah lain yang dirai secara berkumpulan. lain nikmatnya kalau kita sekadar berpuasa dan kita menghayati ramadan.

kawan- kawan dah ramai yang submit salam perantauan. hehehe. aku?

tak nak laaa.. tak perlu sebab aku rasa semua family dan kawan kawan aku dah tahu yang aku rindu korang. so tak yah nak salam perantauan sangat. on je skype tu ! hehe.

ok, short writting for now. nak keluar ke Perth City, shopping time :)